zaman penjajahan british(maklumat dan video)
ini adalah video yang mempunyai maklumat tersirat tentang penjajahan british di tanah melayu....
Dasar Tidak Campur Tangan[sunting | sunting sumber]
Pada awalnya, Syarikat Hindia Timur Inggeris, SHTI (Syarikat British) enggan campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Ini kerana SHTI adalah sebuah badan perniagaan yang hanya meletakkan penekanan kepada mengaut keuntungan melalui perdagangan secara aman damai. Dengan cara ini, SHTI berpendapat kemakmuran dapat dikecapi bersama oleh syarikat dan negeri-negeri Melayu.
Campur tangan syarikat dalam hal ehwal politik dan pentadbiran negeri-negeri Melayu boleh membawa kepada penglibatan dalam operasi ketenteraan ataupun peperangan, dan akan melibatkan perbelanjaan besar kepada SHTI. SHTI melihat Indiadan China sebagai kawasan perdagangan yang jauh lebih lumayan, dengan jumlah penduduk yang lebih besar dan tahap nilai perdagangan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri Melayu.
Pembaharuan Piagam Syarikat (Charter) oleh Parlimen Britain dalam tahun 1834 menamatkan monopoli SHTI ke atas perdagangan candu dan lain-lain barangan dengan China. SHTI kini terpaksa bersaing dengan lain-lain pedagang Britishdan juga pedagang-pedagang dari negara-negara lain untuk membawa barang dagang dari Timur Jauh ke pasaranEropah. Persaingan ini mengurangkan keuntungan bagi SHTI.
0 comments:
Post a Comment